Mourinho sasar ke arah pengkritik selepas United benam Benfica

Oleh Penulis Jemputan 1 November 2017 3058
Mourinho sasar ke arah pengkritik selepas United benam Benfica
MANCHESTER UNITED 2 BENFICA 0

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, dilihat menyasarkan ke arah "pakar" kritikan selepas pasukannya menewaskan Benfica 2-0 dalam Kumpulan A, Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford, awal pagi tadi.


Jaringan sendiri penjaga gol, Mile Syilar, dan sepakan penalti Daley Blind memastikan kemenangan untuk United di ambang kemaraan ke pusingan 16 akhir.

Mourinho mengkritik peminat United sebelum perlawanan kerana dia menganggap tidak adil untuk Romelu Lukaku, yang gagal menjaringkan gol dalam enam perlawanan, dicemuh.

Sejurus selepas perlawanan, dia memberitahu penyokong bahawa dia berharap mereka menikmati perlawanan hari ini lebih daripada kemenangan 1-0 ke atas Tottenham, Ahad lalu.

Dia enggan menawarkan pandangannya terhadap prestasi United, sebaliknya merujuk kepada mereka yang "dibayar untuk memberi komen mengenai kerja saya (wartawan).

"Lebih baik pakar memberikan komen mengenai perlawanan daripada saya memberikan pendapat saya," katanya kepada BT Sport. "Saya dibayar untuk bekerja dan melakukan yang terbaik, yang saya lakukannya setiap hari. Pakar-pakar ini dibayar untuk memberi komen mengenai kerja saya, jadi biarkan mereka memberi komen."

Tambahnya: "Saya lebih gembira (dengan prestasi kami). Kami mengubah banyak pemain, kami memecah dinamik dan rutin biasa pasukan.

"Kami menggunakan pemain muda dari akademi (Scott McTominay), kami menjaringkan dua gol , kami tidak dibolosi, tiga mata lagi, lebih banyak wang untuk kelab kerana setiap kemenangan bermakna lebih banyak wang, tiada kecederaan besar, hanya sedikit di belakang Jesse (Lingard).

"Saya lebih daripada gembira," katanya.

Mourinho juga mengesahkan ia adalah arahannya untuk Blind mengambil penalti lewat itu, dengan pemain pertahanan itu mengambil bola daripada Ander Herrera dan Romelu Lukaku, yang kelihatan bersedia untuk mengambil tanggungjawab selepas sepakan Anthony Martial pada babak pertama diselamatkan oleh Svilar.

"Alasannya ialah Martial adalah pemain yang mengambil sepakan itu, dia terlepas," jelas Mourinho. "Pemain gembira menerima tanggungjawab, Romelu dan Herrera juga, tetapi ini keputusan saya.

"Kami berlatih, saya menganalisis dan cuba membuat keputusan yang tepat. Pada hari-hari terakhir, Martial tidak pernah terlepas berdepan tiga penjaga gol yang sangat baik. Daley adalah keputusan saya pada masa ini."

United hanya memerlukan satu mata daripada dua perlawanan terakhir mereka menentang Basel dan CSKA Moscow bagi menjamin tempat dalam pusingan seterusnya, dan Mourinho kelihatan terkejut apabila keempat-empat kemenangannya masih belum cukup untuk membawa mereka mara.

"Kami tidak layak lagi? Lihat? Empat kemenangan dan ia tidak cukup. Kami mesti mendapatkan mata," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen