Mourinho berang, tinggalkan sidang media

Oleh Penulis Jemputan 13 Disember 2017 3235
Mourinho berang, tinggalkan sidang media
Jose Mourinho memendekkan sidang medianya apabila pengurus Manchester United itu kecewa dengan soalan berhubung perkelahian selepas aksi 'derby' menentang Manchester City di Old Trafford, Ahad lalu.

Mourinho hadir bagi pertembungan pasukannya menentang Bournemouth di laman sendiri, awal pagi esok, tetapi sidang media itu terarah kepada perlawanan United dan City yang menyaksikan pelawat menang 2-1.

David Silva dan Nicolas Otamendi menjulang City bagi mengukuhkan penguasaan skuad Pep Guardiola dalam Liga Perdana Inggeris, namun muncul berita mengenai insiden di dalam terowong selepas perlawanan, dengan laporan mendakwa Mourinho, pemain dan barisan kejurulatihan United tersinggung dengan gaya tidak sopan City meraikan kejayaan.

Kedua-dua pengurus, Mourinho dan Guardiola, berhati-hati ketika membincangkan kejadian itu, dan bos United berkenaan kelihatan berang apabila ditekan dengan laporan tersebut di Pusat Latihan Carrington.

Dengan Persatuan Bolasepak (FA) sudah menghubungi United dan City bagi mendapatkan maklumat, Mourinho ditanya adakah dia dijangka dikenakan hukuman dan pengurus berbangsa Portugis itu berkata: "Kenapa? Saya rasa kamu bekerja untuk kelab lain dan bukan untuk media."

Tumpuan kemudiannya bertukar kepada penyerang United, Romelu Lukaku, di sebalik dakwaan mengatakan dia mungkin berdepan hukuman kerana membaling botol air ketika perselisihan di Old Trafford itu.

"Anda tahu menuduh, buktikan, tunjukkan bukti dan hukumlah dia," respons Mourinho sebelum bekas bos Chelsea, Real Madrid dan Inter Milan itu menjawab: "Saya tahu. Saya tidak yakin. Saya tahu," ketika ditanya adakah dia fikir pemain United berkelakuan baik.

Pertanyaan itu membuatkan Mourinho berang dan meninggalkan sidang media.

"Anda tidak suka Bournemouth eh? Kamu tidak menghormati mereka," kata Mourinho sambil berjalan keluar dari bilik sidang media itu.

"Anda tidak fikir mereka adalah pasukan yang mampu datang ke Old Trafford dan melakukannya dengan baik. Tidak menghormati Eddie Howe (pengurus Bournemouth). Tidak menghormati pemain-pemain."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen