Moukoko bakat terbaik dunia ketika ini -- Haaland

Oleh Ammar Hakim 23 November 2020 299
Moukoko bakat terbaik dunia ketika ini -- Haaland
Erling Haaland memuji Youssoufa Moukoko sebagai 'bakat terbaik dunia' selepas membuat penampilan sebagai pemain termuda dalam saingan Bundesliga Sabtu lalu.

Moukoko menggantikan penjaring empat jaringan, Haaland pada penghujung permainan ketika Borussia Dortmund menang 5-2 ke atas Hertha Berlina di Olympiastadion.

Pemain kelahiran Cameroon itu membuat penampilan sulung selepas sehari menyambut hari kelahirannya yang ke-16, memecah rekod bekas pemain tengah Dortmund, Nuri Sahin, ditetapkan ketika dia berusia 16 tahun, 11 bulan dan satu hari.

Haaland memuji Moukoko yang luar biasa selepas pemain kebangsaan Norway itu menemui jaringan empat kali.

"Saya fikir dia adalah bakat terbesar di dunia sekarang," kata Haaland kepada ESPN. "16 tahun dan sehari, itu cukup mengagumkan. Dia mempunyai kerjaya besar di hadapannya."

"Saya sudah melebihi 20 tahun dan semakin tua. Itulah hakikatnya."
 
Pengendali Dortmund, Favre, akan bersabar dengan perkembangan Moukoko dan tidak terlalu mengikutkan apa yang sedang hangat diperkatakan.

"Dia berlatih dengan kami sekarang selama 14 hari. Tujuh atau lapan pemain tidak bertugas di peringkat antarabangsa. Ia merupakan kemenangan baik buat pasukan dan perlawanan pertamanya tetapi sememangnya dia perlu terus berkerja keras," kata Favre.

"Dia sangat muda. Kami mempunyai banyak pemain menyerang, banyak pilihan."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen