Thiago Motta terpaksa direhatkan hingga tahun depan selepas Paris Saint-Germain (PSG) mengumumkan pemain veteran itu telah menjalani pembedahan lutut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui laman sesawang PSG, pemain berusia 35 tahun itu mengadu mengenai kesakitan pada bahagian lutut kanan sejak seri 0-0 dengan Montpellier dalam saingan Ligue 1, September lalu.

Pemain kebangsaan Itali itu telah turun beraksi dalam 12 perlawanan untuk skuad kendalian Unai Emery itu musim ini.

Tetapi, dia terpaksa direhatkan sehingga tahun depan kerana menjalani pembedahan lutut bagi mengelak daripada menjadi lebih teruk.

Mengungguli Kumpulan B dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dengan tiga mata, PSG akan menerima kunjungan Celtic minggu depan, diikuti dengan kunjungan ke Monaco, empat hari berikutnya.