Moreno bermula dengan kemenangan di Monaco 

Oleh Staff Writer 5 Januari 2020 189
Moreno bermula dengan kemenangan di Monaco 
MONACO 2 REIMS 1 

Robert Moreno memulakan tugasnya sebagai pengurus Monaco dengan rentak kemenangan hasil sepakan penalti Benjamin Lecomte dan jaringan Keita Balde Diao pada minit ke-95 dalam pertembungan Coupe de France dengan Reims awal pagi tadi. 


Bekas pengurus Sepanyol itu dilantik bagi menggantikan Leonardo Jardim  minggu lalu dan memulakan tugasnya dengan kemenangan dramatik 2-1 dalam pusingan 64 di Stade Louis II itu. 

Keita menanduk masuk hantaran silang daripada Wissam Ben Yedder selepas kedua-dua pasukan gagal mencari pemisah dalam separuh masa pertama sebelum Boulaye Dia mengimbangi kedudukan pada minit ke-69.

Reims dihadiahkan penalti selepas Adrien Silva dikasari Hassane Kamara tatkala permainan bersisa enam minit dan Lecomte kemudian tampil untuk memperdayakan Moussa Doumbia dalam tugasan sepakan penalti itu. 

Monaco akan menyambung kempen Ligue 1 dengan bertandang ke Paris Saint-Germain (PSG), Isnin depan, sebelum bertemu lawan serupa di tempat sendiri tiga hari kemudian.



Editor: Shaiful Shamsudin



 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen