Inter mungkin sudah mula membuat percubaan bagi menandatangani Lionel Messi dari Barcelona, kata bekas presiden, Massimo Moratti.

The Nerazzurri telah menjadi salah sebuah kelab yang bakal mendapatkan khidmat bintang Argentina itu jika dia memilih untuk meninggalkan Nou Camp.

Messi telah meluahkan hasrat untuk berhijrah selepas musim yang mengecewakan yang berakhir dengan kekalahan 8-2 kepada Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL).

Moratti, presiden Inter di antara 1995 dan 2013, berasakan kelab itu semakin hampir untuk membawa pemain itu ke San Siro.

"Ia bukan satu perkara yang mudah daripada segi ekonomi, sudah pasti. Tetapi halangan terbesar adalah keinginan Messi itu sendiri," kata Moratti kepada AS.

"Anda perlu faham jika dia benar-benar mahu tinggalkan Barca. Saya tidak dapat menerima perkara itu dengan jelas lagi.

"Saya bayangkan Inter sudah cuba untuk menandatanganinya.

"Jika tidak, mereka akan melakukannya dalam masa terdekat."

Inter suidah pasti tidak kekurangan senjata dalam jentera serangan, dengan Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez bergabung meledak 55 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Moratti kagum dengan bagaimana Lukaku dengan segera menyesuaikan diri sejak meninggalkan Manchester United tahun lalu.

"Sejujurnya saya tidak meletakkan harapan tinggi daripadanya. Dia telah terbukt seorang pemain yang bijak, menyesuaikan diri dengan bola sepak Itali."

Mengenai Martinez pula, "Pemain kebangsaan Argentina itu memiliki potensi yang tinggi. Seorang pemain yang berbakat. Membuktikan dirinya mampu beraksi dengan lebih baik."