Alvaro Morata mengganggap persembahan cemerlang Isco ketika Sepanyol meraih kemenangan 5-0 ke atas Costa Rica bakal berterusan walaupun mengalami kecederaan ringan daripada perlawanan itu.

Strategi dan taktikal Sepanyol berhasil dalam aksi di Malaga itu, dengan meraih kemenangan mutlak ke atas pasukan pelawat, Costa Rica.

David Silva merupakan antara pemain yang menyerlah apabila menjaringkan dua gol dan melakukan dua lagi bantuan jaringan manakala Isco turut tidak ketinggalan cemerlang menggerakkan jentera serangan Sepanyol.

Bagaimanapun, dia diminta untuk meninggalkan padang selepas berlaku pelanggaran dengan pertahanan Costa Rica dan bakal meningkatkan kebimbangan buat pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane, menjelang pertemuan dengan Atletico.

Namun, Morata optimis kecederaan yang dialami Isco tidak begitu serius dan berharap momentumnya dapat diteruskan.

"Isco hanya mengalami kecederaan ringan. Saya berharap Isco tidak akan mengalami masalah yang serius.

"Persembahan Isco bagaikan satu fenomena. Beraksi di tempatnya, dia mempamerkan aksi yang memberangsangkan," ujarnya.

Mengenai prestasi Sepanyol, Morata percaya skuad kendalian Julen Lopetegui membuat pasukan-pasukan menjadi lebih lemah berbanding mereka.

"Kami membuat pasukan lawan menjadi lemah. Kami beraksi dengan baik ketika bertemu Itali dan anda dapat melihat gaya permainan kami," katanya lagi.