MISP juara Piala Presiden PAFA

Oleh Shaiful Shamsudin 5 Oktober 2016 27
 MISP juara Piala Presiden PAFA
MSIP 3 HILIR PERAK 1

Majlis Sukan India Perak (MSIP) muncul juara setelah menewaskan Hilir Perak 3-1 dalam perlawanan akhir Piala Presiden PAFA di Stadium Perak, malam tadi.


Pemain tengah  MISP, G. Saravanakumar, menyumbang dua gol pada minit ke-13 dan 51, manakala J. Jananathan menyumbat gol ketiga pada minit ke-25.

Menurut ketua jurulatih Hilir Perak, Mohammad Rizal Yahaya, pemainnya telah menunjukkan prestasi terbaik, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

"MSIP bermain baik dalam mengekang setiap posisi.  

"Adat bermain bola apabila sudah berusaha, kalah dan menang kami terima. Kami akan berusaha dalam edisi akan datang," katanya 

Pengurus MSIP, Datuk G. Irrudianathan, gembira apabila pasukannya muncul juara dengan berkata, "Bukan mudah, kejohanan ini disertai 16 pasukan.  

"Apabila menang, ini satu penghormatan kepada MSIP. Ini membuktikan MSIP makin matang dan mampu pergi jauh."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen