Milan sedang usaha kontrak baru Ibrahimovic, Donnarumma

Oleh Ammar Hakim 30 Julai 2020 56
Milan sedang usaha kontrak baru Ibrahimovic, Donnarumma
Pengarah Milan, Ricky Massara, berkata kelab Serie A itu sedang berbincang dengan Zlatan Ibrahimovic dan Gianluigi Donnarumma untuk memperbaharui kontrak mereka.

Kehadiran Ibrahimovic telah mengubah nasib Milan sejak menyertai kelab Januari lalu, dan kontrak pemain berusia 38 tahun itu bakal berakhir pada penghujung musim ini.

Bekas penyerang Manchester United, Paris Saint-Germain dan Barcelona itu meledak dua gol ketika meraih kemenangan 4-1 ke atas Sampdoria, merekodkan 10 gol bagi tahun 2020.

Ditanya mengenai masa depan Ibrahimovic, Massara berkata Sky Sport Italia: "Kami sedang berbincang dengan Mino Raiola dan cuba mendapatkan persetujuan.

"Kami sangat gembira buat Ibra, dia berjaya membuktikan nilainya buat Milan sekali lagi."
   
Ibrahimovic dan penjaga gol Milan, Donnarumma, kedua-duanya diwakili oleh Mino Raiola.

Donnarumma, yang membuat penampilan sulung ketika berusia 16 tahun pada 2015-16, memiliki kontrak bersama The Rossoneri sehingga 2021.

Pemain kebangsaan Itali itu -- sebelum ini telah dikaitkan dengan Paris Saint-Germain, Chelsea, Real Madrid dan United –- dilaporkan bersedia untuk kekal di San Siro.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen