Milan pinjamkan Rodriguez hingga akhir musim 

Oleh Staff Writer 31 Januari 2020 41
 Milan pinjamkan Rodriguez hingga akhir musim 
Ricardo Rodriguez meninggalkan Milan untuk menyertai kancah Eredivisie dengan membarisi PSV secara pinjaman untuk baki musim ini sementara Antonee Robinson dilaporkan akan menggantikan posisinya di San Siro.

Rodriguez menyertai Milan daripada Wolfsburg pada 2017 dan telah membuat 93 penampilan dalam semua kejohanan untuk Rossoneri.

Bagaimanapun, pemain antarabangsa Switzerland itu hanya diberi lima kesempatan musim ini apabila kehilangan tempatnya kepada Theo Hernandez, yang merupakan salah seorang pemain Milan yang paling tekal sejak diikat daripada Real Madrid.

Rodriguez berharap langkah itu akan meningkatkan peluangnya untuk terpilih beraksi dalam Euro 2020.

Milan, yang menjana dana menerusi penjualan Krzysztof Piatek kepada Hertha Berlin, mahu segera mengisi kekosongan posisi yang ada dengan laporan mengaitkan mereka dengan pemain muda Wigan Athletic, Robinson.

Pemain antarabangsa Amerika Syarikat itu menyertai Wigan daripada Everton pada awal musim ini selepas menghabiskan kempen 2018-19 dengan dipinjamkan ke Latics.

Pemain berusia 22 tahun itu telah terlibat dalam 29 aksi kesebelasan utama dan nampaknya menjadi sasaran utama Milan selepas Crystal Palace dilaporkan menolak tiga tawaran terhadap pertahanan kiri, Patrick van Aanholt.



Editor: Shaiful Shamsudin 


       

       

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen