Milan perlu menandatangani Mauro Icardi dari Inter untuk meningkatkan jentera serangan ke tahap yang lebih tinggi, menurut Marco Simone.

Antonio Conte mengetepikan Icardi daripada perancangannya ketika mengambil alih pasukan pada permulaan musim 2019-20, dengan membawa masuk khidmat Romelu Lukaku untuk bergandingan bersama Lautaro Martinez.

Penjaring terbanyak Serie A dua kali itu telah dipinjamkan ke Paris Saint-Germain, di mana dia telah mengatasi penjaring gol terbanyak kelab, Edinson, kekal dalam kesebelasan utama dan meledak 20 gol dalam 31 penampilan.

Simone percaya Milan terlalu cepat menilai penyerang mereka tetapi berasakan Cavani atau bekas kapten Inter, Icardi, mampu menjadi jalan penyelesaian tonggak serangan mereka jika kontrak Zlatan Ibrahimovic tidak dilanjutkan penghujung musim ini.

The Rossoneri di tangga ketujuh Serie A ketika musim ditangguh ekoran pandemik koronavirus.

"Saya mahu mengekalkan khidmat [Rafael] Leao. Dia seorang pemain yang bertenaga dan berbakat. Jika tidak anda akan sentiasa melihat kepada kekurangan dan perlu memulakan daripada kosong untuk mendapatkan penyerang berkualiti," kata Simone.

"Saya tidak akan berputus asa dengan [Krzysztof] Piatek. Jika Ibra meninggalkan kelab, Milan akan kekurangan penyerang.

Saya berasakan [penyerang Napoli, Arkadiusz] Milik akan beraksi dengan cemerlang tetapi saya mahu cuba mendapatkan Cavani dan Icardi ke Milan.

"Icardi akan menjadi pemain yang berkualiti dan jalan penyelesaian terbaik buat kelab."