Stefano Pioli percaya Milan sedang membina 'sesuatu yang penting' dan gembira kerana kontraknya bersama kelab dilanjutkan.

The Rossoneri mengesahkan bahawa Pioli telah menandatangani kontrak lanjutan menyaksikan dia akan terus bersama pasukan sehingga Jun 2022.

Pioli telah diberikan pujian oleh barisan pemain secara terbuka termasuk Zlatan Ibrahimovic yang menyaksikan mereka masih belum tewas sejak saingan bersambung.

Kemenangan 2-1 ke atas Sassuolo melonjak Milan ke tanggan kelima liga dan tidak tewas dalam 10 perlawanan, dengan Atalanta menjadi satu-satunya pasukan di Itali meraih lebih banyak mata daripada mereka sejak permulaan tahun ini.
"Saya sangat gembira, saya telah mengetahui sejak beberapa hari yang lalu. Bermula musim hadapan dengan kelab seperti Milan, bersama pasukan yang memiliki kualiti dan ruang untuk berkembang.

"Tetapi masa depan kami adalah sekarang. Kami perlu memikirkan baki tiga perlawanan. Kami boleh membincangkan mengenai masa depan bermula bulan depan.

"Mereka bersifat adil dengan saya. Ia membenarkan saya untuk memberikan tumpuan kepada tugas bersama pasukan.

"Saya berharap kekal bersama dengan kelab adalah satu permulaan. Akan hadir cabaran, jangkaan penting, tekanan tetapi hadir juga kemahuan untuk mendapatkan keputusan yang positif."