Milan dilanda badai kecederaan, Musacchio perlu pembedahan buku lali

Oleh Muzaffar Musa 19 Jun 2020 40
Milan dilanda badai kecederaan, Musacchio perlu pembedahan buku lali
AC Milan dilanda badai kecederaan pemain menjelang kepulangan semula saingan Serie A dengan Mateo Musacchio disahkan memerlukan pembedahan di buku lali kirinya.

Pertahanan tengah itu mengalami kesakitan di kawasan itu sejak Januari lalu dan skuad Rossoneri berkenaan mengesahkan bahawa dia perlu menjalani satu prosedur di Sepanyol.

Dalam satu kenyataan ringkas, kelab itu berkata: "AC Milan mengumumkan bahawa Mateo Musacchio perlu menjalani pembedahan kecil di buku lali kirinya.

"Pembedahan itu akan dilakukan oleh Professor Ramon Cugat di Barcelona minggu depan."

Ketika Milan masih belum mengumumkan tempoh untuk pemain itu direhatkan, Musacchio -- yang melakukan 18 penampilan dalam liga divisyen utama Itali itu --  kelihatan akan terlepas kesemua baki saingan musim ini.

Liga utama Itali itu, yang direhatkan sejak Mac lalu berikutan pandemik Covid-19, akan meneruskan saingan secara tertutup bermula hujung minggu ini dengan Milan akan berkunjung ke laman Lecce awal pagi Isnin ini.

Skuad Rossoneroi itu kini berada di tangga ketujuh liga dengan ketinggalan 12 mata di belakang kelompok empat teratas berbaki 12 perlawanan.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen