Messi yang terbaik, beri saja Ballon d'Or kepadanya -- Valverde

Oleh Staff Writer 1 Disember 2019 202
Messi yang terbaik, beri saja Ballon d'Or kepadanya -- Valverde
Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde, percaya untuk mengundi pemenang Ballon d'Or adalah sesuatu yang mudah apabila berkata Lionel Messi layak memenanginya.

Selepas melalui musim yang cemerlang, Messi, 32, dijangka mengungguli Ballon d'Or buat kali keenam dalam majlis anugerah yang akan diadakan di Paris esok.

Valverde berkata tiada masalah untuk mengundi Messi selaku pemain terbaik dunia tatkala ketua jurulatih itu bakal mengemudi pasukannya itu bertandang ke Atletico Madrid dalam saingan LaLiga malam ini.

"Saya tidak mengikuti anugerah ini kerana ia terlalu lama. Undian saya, rasanya, sama seperti anda," katanya.

"Saya akan undi yang terbaik, itu sudah pasti. Setiap tahun undian anda bergantung kepada musim yang telah dilalui oleh setiap pemain.

"Namun, jika anda memberikannya kepada yang terbaik, berikan saja kepada Messi dan masalah itu selesai."

Menjelang kunjungan ke Wanda Metropolitano, Barca kini menduduki tangga kedua liga, tiga mata di belakang seteru utama, Real Madrid.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen