Lionel Messi sekali lagi tidak tersenarai dalam skuad Barcelona untuk aksi LaLiga berdepan Real Betis, malam ini.

Messi kembali berlatih bersama pasukan minggu ini selepas mengalami kecederaan betis, dengan pemain berusia 32 tahun itu terlepas keseluruhan program pramusim pasukan selepas bersaing dalam Copa America bersama Argentina serta direhatkan kerana mengalami kecederaan.

Walaupun sudah memulakan latihan bersama pasukan, terdapat laporan Messi masih sebelum mendapatkan sentuhan terbaik sementara berasakan kecederaannya belum pulih sepenuhnya.

Pengendali pasukan, Ernesto Valverde, menggesa penyokong untuk bersabar dan menjelaskan mereka tidak akan mengambil risiko jika Messi belum bersedia untuk diturunkan.

Oleh itu, Messi diketepikan daripada skuad yang bakal berkunjung ke Betis, yang meninggalkan Nou Camp musim lalu dengan kemenangan 4-3.

The Catalans dijangka menurunkan pemain berusia 16 tahun, Ansu Fati, selepas dia cemerlang beraksi dalam Liga Belia UEFA musim lalu.

Barca bakal berusaha untuk bangkit daripada kekalahan 1-0 kepada Athletic Bilbao dalam perlawanan pembukaan.