Lionel Messi tidak kelihatan akan meninggakan Barcelona sebelum musim 2020-21 kata legenda Brazil, Ronaldo.

Spekulasi perpindahan pemain terbaik dunia itu melanda Barca selepas dimalukan dengan penyingkiran daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL) oleh Bayern Munich, di mana ketua jurulatih, Quique Setien, dan pengarah sukan, Eric Abidal, masing-masing diggantikan oleh Ronald Koeman and Ramon Planes.

Susulan itu, pemilihan presiden turut ditunda kepada Mac depan.

Berdasarkan laporan, kebanyakan pemain pasukan utama -- termasuk pemain tonggak seperti Jordi Alba dan Sergio Busquets -- akan dijual sebagai kesan kepada kekalahan 2-8 kepada Bayern, tanpa melibatkan Messi.

Bagaimanapun, pemenang Ballon d'Or enam kali itu dikatakan sudah memaklumkan kepada Koeman bahawa dia sudah tidak mahu untuk kekal di Camp Nou.

Messi sudah memasuki tahun terakhir dalam kontraknya dengan Barca tetapi bekas penyerang pasukan itu, Ronaldo, yang merupakan pemilik kelab LaLiga, Real Valladolid, berasakan kesan ekonomi disebabkan oleh pandemik COVID-19 menyaksikan perpindahan pemain itu bukanlah sesuatu yang realistik.

"Messi tidak kelihatan akan meninggalkan Barcelona, terutama dengan krisis kewangan di Eropah.

"Messi merupakan penanda aras kepada pasukan itu dan sekiranya saya adalah Barcelona, saya tidak akan membenarkannya untuk pergi walau apa yang berlaku.

"Messi mempunyai hubungan yang tegang dengan Barcelona, saya tidak fikir dia akan berhenti menyayangi pasukan itu.

"Dia kecewa, itu sudah pasti, dengan cara mereka tewas dalam UCL.

"Messi memerlukan rakan sepasukan untuk membantunya, seperti yang mereka lakukan, dan Barcelona perlu memikirkan mengenai sesuatu yang berbeza untuk musim depan.

"Membiarkan pemain utama anda pergi bukanlah satu penyelesaian," katanya.