Messi tidak boleh sertai Inter -- Ausilio

Oleh Ammar Hakim 2 September 2020 152
Messi tidak boleh sertai Inter -- Ausilio
Lionel Messi tidak akan menyertai Inter berikutan situasi kewangan kelab Serie A itu bermakna mereka perlu menjual sebelum membeli pemain, menurut pengarah sukan, Piero Ausilio.

Messi mengejutkan Barcelona minggu lalu selepas mengumumkan keinginannya untuk meninggalkan kelab, dengan kontrak yang mengandungi klausa yang membenarkan dia untuk berhijrah pada penghujung musim 2019-20.

Dengan klausa yang dikatakan telah berakhir Mei lalu, Messi yakin ia masih lagi boleh digunakan selepas musim ditangguh ekoran pandemik coronavirus.

Dengan kelab seperti Manchester City, Paris Saint-Germain dan Inter menjadi destinasi bintang Argentina itu selepas mereka telah dikaitkan telah mula melakukan perbincangan.

Tetapi Ausilio berkeras bahawa Inter bukan hanya tidak dalam kedudukan yang cukup kuat daripada segi kewangan untuk membuat sebarang perjanjian bagi mendapatkan Messi.

"Tiada apa yang melibatkan Messi dan Inter," katanya kepada Sky Sport Italia. "Saya tidak tahu daripada mana kemungkinan ini terhasil.

"Tidak ada pasukan yang tidak mahukan pemain seperti itu, tetapi realitinya adalah berbeza.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen