Messi tidak akan tinggalkan Barcelona -- Moratti

Oleh Ammar Hakim 19 Mei 2020 102
Messi tidak akan tinggalkan Barcelona -- Moratti
Bekas presiden Inter, Massimo Moratti, mengatakan Lionel Messi tidak akan meninggalkan Barcelona, sementara beliau juga membincangkan masa depan bintang Nerazzurri, Lautaro Martinez.

Messi telah dikaitkan dengan Inter sejak Moratti mengatakan bahawa usaha untuk mendaptatkan khidmat pemenang Ballon d'Or enam kali itu bukanlah 'impian terlarang'.

Bintang Barca, Messi, memililiki kontrak bersama juara LaLiga itu hingga 2021 tetapi masa depannya sudah pasti terus kekal di Camp Nou, di mana dia telah tidak sehaluan dengan ahli lembaga kelab musim ini.

"Messi adalah impian semua pasukan, tetapi dia tidak akan berpindah dari Barcelona. Dia masih pemain terbaik di sana," kata Moratti kepada Gr Parlamento.

Penyerang Inter, Martinez, telah dijanjikan untuk menjalin hubungan dengan rakan sepasukan Argentina, Messi di Barcelona.

Pemain yang turut dikaitkan dengan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan kuasa besar Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, Martinez, telah menjaringkan 16 gol dalam 31 perlawanan di semua pertandingan sebelum wabak coronavirus memaksa saingan sukan di seluruh dunia terhenti. "Segalanya bergantung kepadanya, saya membaca bahawa Barcelona membuat tawaran yang terlalu tinggi sehingga sukar Messi untuk mengatakan tidak," kata Moratti.

Inter menyokong ketua jurulatih baru, Antonio Conte, dengan usahanya dalama jendela perpindahan pada awal musim 2019-20 dan pengendali kelahiran Itali telah dikaitkan dengan lebih banyak perpindahan.

Inter yang dikendalikan Conte ketika ini telah dilaporkan bakal menandatangani pemain Brescia , Sandro Tonali.

"Sandro Tonali bagus tetapi Inter sudah memiliki Stefano Sensi," tambah Moratti.

Moratti juga ditanya mengenai Inter yang mungkin menyasarkan bintang Borussia Dortmund, Erling Haaland, yang telah beraksi cemerlang dalam saingan Bundesliga sejak tiba dari Salzburg Januari lalu.

"Apa yang dilakukannya membuat anda ingin menandatanganinya tetapi Inter sudah memiliki Romelu Lukaku," katanya.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen