Messi tiada masalah perbaharui kontrak di Barcelona, kata Laporta

Oleh Muzaffar Musa 30 April 2020 55
Messi tiada masalah perbaharui kontrak di Barcelona, kata Laporta
Lionel Messi tidak akan berdepan masalah untuk menandatangani kontrak lanjutannya di Barcelona, kata bekas presiden kelab itu, Joan Laporta.

Masa depan Messi di Camp Nou terus menjadi perbualan hangat di Barcelona, di mana bintang dunia itu masih memiliki kontrak sehingga 2021.

Namun, bekas presiden, Laporta, yang dijangka akan kembali mengisi jawatan itu tahun depan, berkata ia pasti menjadi perkara yang mudah untuk Messi menandatangani kontrak lanjutannya.

"(Messi) tidak akan berdepan masalah untuk memperbaharui kontraknya," katanya kepada Deportes Cuatro.
  Pemain yang dikaitkan untuk kembali bergandingan dengan Messi di Barcelona adalah Neymar, yang meninggalkan kelab itu untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) pada 2017.

Laporta berkata dia mungkin akan membawa pulang pemain kebangsaan Brazil itu ke Cam Nou, di mana Neymar pernah berkhidmat selama empat tahun sebelum ke Paris.

"Mereka masih tidak pasti mengenainya. Saya pasti akan membawanya pulang," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen