Lionel Messi menegaskan dia tidak akan menukar apa-apa daripada kejayaan yang sudah diraihnya untuk memenangi Piala Dunia.

Ketiadaan gelaran itu di pentas antarabangsa adalah satu-satunya perkara yang kurang dalam karier bintang Barcelona itu.

Dia telah dinobat sebagai pemain terbaik kejohanan bagi Piala Dunia 2014, di mana Argentina tewas 1-0 kepada Jerman dalam masa tambahan perlawanan akhir.

Kali terakhir di Russia, Argentina tewas 4-3 kepada pemenang Piala Dunia 2018, Perancis, dalam pusingan 16.

Messi akan mencecah usia 35 tahun ketika Piala Dunia Qatar 2022 dan dalam satu temu bual bersama TyC Sports, dia kelihatan seakan-akan menerima hakikat masanya untuk menjulang trofi itu mungkin sudah berlalu.

"Saya memang mahu bergelar juara dunia," katanya. "Tetapi ia tidak akan mengubah apa-apa yang telah saya raih sepanjang karier ini.

"Ini adalah anugerah tuhan kepada saya."

Messi mengetuai Argentina ke separuh akhir Copa America awal tahun ini, di mana mereka tewas kepada tuan rumah dan juara, Brazil.

Dalam dua edisi sebelum ini, La Albiceleste tewas kedua-duanya kepada Chile menerusi penentuan sepakan penalti.