Messi: Saya mahu ke Russia dalam kondisi terbaik

Oleh Penulis Jemputan 12 November 2017 61
Messi: Saya mahu ke Russia dalam kondisi terbaik
Bintang Argentina, Lionel Messi, menjelaskan keinginannya untuk beraksi dalam Piala Dunia 2018 dalam kondisi yang terbaik.

Messi membantu skuad kendalian Jorge Sampaoli itu meraih kemenangan 1-0 ke atas Russia dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Moscow tetapi menarik diri daripada perlawanan seterusnya bertemu Nigeria.

Pemain berusia 30 tahun itu, yang telah menjaringkan 16 gol dalam 17 penampilan bersama Barcelona musim ini, menjelaskan bahawa dia memerlukan rehat secukupnya.

"Saya berbincang dengan Sampaoli. Saya dan Barca telah mengharungi banyak perlawanan musim ini -- Liga Juara-Juara (UCL), Copa del Rey, LaLiga, serta beberapa perlawanan di peringkat antarabangsa," kata Messi.

"Saya mahu berada di Piala Dunia dalam kondisi yang terbaik."

Argentina terpaksa bekerja keras sehingga minit ke-86 untuk mencari gol kemenangan yang berjaya dihasilkan oleh Sergio Aguero yang meledak gol ke-35 untuk La Albiceleste.

Jaringan tersebut meletakkan bintang Manchester City itu mengatasi Diego Maradona dan Messi amat gembira dengan pencapaian rakan senegaranya itu.

"Ia sangat baik dan penting buat Aguero menjaringkan gol.

"Saya sangat gembira untuknya, dia telah menjaringkan banyak gol untuk City dan kini melakukan untuk Argentina," katanya.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen