Lionel Messi bakal terlepas aksi persahabatan Argentina bertemu Nigeria pada Rabu ini dan sudah pulang ke Barcelona.

Kapten pasukan, Messi, beraksi selama 90 minit ketika Argentina melakar kemenangan 1-0 ke atas Russia semalam, dengan memainkan peranan di sebalik jaringan tunggal yang disempurnakan oleh Sergio Aguero.Bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun itu tidak berkunjung ke Krasnodar bersama pemain lain, dengan laman rasmi Twitter telah mengumumkan Messi sudah pulang ke Sepanyol.

Ia turut dinyatakan kepulangan Messi ke Barca bukan kerana kecederaan.

Messi terus mengungguli carta sebagai penjaring terbanyak Argentina dan memuji Aguero yang berjaya menjadi pemain ketiga terbanyak menjaringkan gol buat Argentina, sekaligus mengatasi Hernan Crespo (35 gol).