Messi pemain terbaik sepanjang zaman -- Xavi

Oleh Ammar Hakim 6 April 2020 148
Messi pemain terbaik sepanjang zaman -- Xavi
Xavi melabel bintang Barcelona, Lionel Messi, sebagai pemain terbaik sepanjang zaman sementara Ronaldinho tergolong bersama legenda-legenda lain.

Messi merekodkan kemenangan Ballon d'Or yang keenam dan dilihat sebagai pemain terbaik era ini, seiring dengan Cristiano Ronaldo.

Bekas rakan sepasukannya, Xavi, tidak meragui kemampuan pemain kebangsaan Argentina itu untuk dianggap sebagai terbaik sepanjang zaman.

"Ronaldinho setaraf dengan yang terbaik namun kurang bersabar," kata jurulatih Al-Sadd itu kepada Globo Esporte.

"Kekurangan itu adalah pemisah antaran Ronaldinho dan Messi."
Xavi added: "Messi terbaik dalam sejarah, tetapi Ronaldinho turut tergolong antara yang terbaik."

Messi telah menjaringkan 24 gol dalam 31 perlawanan musim ini sebelum saingan ditangguhkan ekoran pandemik koronavirus.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen