Messi pemain terbaik, kata Amor

Oleh Staff Writer 17 Disember 2018 211
Messi pemain terbaik, kata Amor
Lionel Messi adalah pemain terbaik susulan kejayaan mencatat hatrik dalam kemenangan 5-0 Barcelona ke atas Levante awal pagi tadi, kata pengarah kelab, Guillermo Amor.

Messi jelas menyinar apabila pemenang lima kali Ballon d'Or itu menyumbat tiga gol serta membuka ruang buat dua lagi jaringan bagi memastikan kemenangan besar buat Barca.

Messi kini meraih 14 gol dan 10 bantuan jaringan bagi musim ini, sekali gus membolehkannya muncul pemain pertama dalam lima liga terbaik Eropah untuk mengutip dua angka bagi dua catatan itu dalam musim 2018/19.

Bercakap tentang prestasi Messi, Amor berkata: "Messi tidak berputus asa, dia bermain sebegitu kerana dia adalah pemain terbaik.

"Dia sangat profesional dan serius, tidak puas di tempat kedua dan sentiasa meningkatkan diri berbanding aksi sebelumnya."

Catatan hatrik yang diraih itu membolehkan Messi mengutip 50 gol dalam kalendar 2018, membolehkannya meraih pencapaian tersebut buat kali kelapan dalam sembilan tahun terakhir.

Messi dan rakan sepasukan, Luis Suarez, kini mengutip 25 gol dalam saingan LaLiga, sekali gus melebihi catatan seluruh skuad Real Madrid dan Atletico Madrid.

"Messi adalah pemain berbeza," tambah Amor.

"Dia dan Suarez bermula dengan sangat baik, menjaringkan gol serta mencipta bantuan jaringan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen