Pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic, mengucapkan tahniah kepada Cristiano Ronaldo tetapi menyifatkan Lionel Messi adalah pemain nombor satu dunia.

Bintang Real Madrid, Ronaldo, menyertai Messi dengan meraih lima Ballon d'Or selepas menerima anugerah individu itu Khamis lalu.

Bagaimanapun, Rakitic tidak menafikan pemain mana yang lebih baik sambil berkata Ronaldo kurang bernasib baik kerana bermain dalam satu era yang sama dengan Messi, pemain terbaik dalam sejarah.

"Anda sudah mengetahui pendapat saya dan saya amat menghormati Ronaldo, salah seorang pemain terbaik dalam sejarah," katanya.

"Tetapi dia telah bermain dengan pemain yang terbaik dalam sejarah, iaitu Messi. Dia adalah pemain nombor satu dunia."

Jaringan daripada Luis Suarez dan Messi menyaksikan Barca meraih kemenangan ke atas Villareal, sekaligus merekodkan kemenangan ke-12 selepas 15 perlawanan musim ini, yang memastikan mereka mendahului LaLiga dengan kelebihan lima mata.

Rakitic memuji persembahan rakan sepasukannya, terutama sekali penjaga gol, Marc-Andre ter Stegen.

"Kami tidak terkejut dengan persembahan yang dipamerkan oleh Ter Stegen.

"Dia adalah salah seorang penjaga gol terbaik dunia dan bermain pada tahap yang terbaik."