Messi minta saya sertai Barca -- Paulinho

Oleh Penulis Jemputan 1 Oktober 2017 4242
Messi minta saya sertai Barca -- Paulinho
Paulinho mendedahkan perbualan dalam perlawanan dengan Lionel Messi membuka jalan untuk dirinya berhijrah ke Barcelona.

Bekas pemain tengah Tottenham itu menyertai kelab Catalan itu pada Ogos lalu, dengan menyempurnakan perpindahan bernilai EURO40 juta (RM199 juta) daripada kelab Liga Super China (CSL), Guangzhou Evergrande Taobao.

Bagaimanapun, Messi membantu kelab pada bulan Jun lalu dalam usaha mendapatkan Paulinho, ketika Argentina bertemu Brazil dalam aksi perlawanan persahabatan.

Di sebalik perseteruan di antara kedua-dua negara, penyerang Barca itu mengambil peluang tersebut untuk bertanyakan kepada Paulinho mengenai kebarangkalian untuk mereka beraksi bersama di Sepanyol.

"Saya sedang membuat persiapan untuk mengambil sepakan percuma dalam perlawanan berdepan Argentina," kata Paulinho.

"Tiba-tiba saya melihat Messi berada di belakang saya dan mengatakan, 'adakah kita akan bermain di Barcelona ataupun tidak?' saya menjawab, 'jika kamu mahu membawa saya ke sana. Saya akan pergi.

"Perasaan saya sangat gemuruh ketika itu dan memberitahu kepada Willian supaya mengambil sepakan percuma itu.

"Selepas perlawanan, kami bertukar jersi dengan Messi. Dia telah membenarkan saya mengambil sepakan percuma, tetapi saya sudah bersama Barcelona."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen