Penyerang Barcelona, Malcom, menyifatkan rakan sepasukannya, Lionel Messi, sebagai 'makhluk asing' dalam bola sepak dan mahu mengambil pengajaran daripada peluang beraksi di samping bintang dunia itu.

Malcom beraksi buat kali pertama bersama Messi dalam kesebelasan utama Barca ketika tewas 3-4 kepada Real Betis di Camp Nou, hujung minggu lalu.

Walaupun kurang mendapat peluang bermain sebaik tiba daripada Bordeux, Julai lalu, Malcolm lega kerana dia meraih peluang menimba ilmu daripada seorang legenda bola sepak dunia.

"Beberapa minit sebelum perlawanan bermula ketika di dalam terowong, dia memberitahu yang dia akan mencari saya setiap kali dia mendapat bola," katanya kepada ESPN Brasil.

"Dia benar-benar melakukannya kerana dia makhluk asing dalam bola sepak.

"Dia sentiasa mahukan yang terbaik buat pasukan.

"Disebabkan itu, dia menjadi kapten. Dia sentiasa menjadi inspirasi kepada pasukan.

"Beraksi bersama pemenang lima kali Ballon d'Or secara tidak langsung akan meningkatkan tahap permainan dan motivasi permain-pemain lain.

"Bagi saya, dia pemain terbaik dunia.

"Dengan hanya bertukar-bertukar hantaran dengannya, saya memperoleh banyak pelajaran baru.

"Saya mahu memanfaatkan peluang ini semaksimum mungkin," tambahnya.