Messi lebih hebat daripada Ronaldo -- Rafinha

Oleh Staff Writer 29 Disember 2016 0
Messi lebih hebat daripada Ronaldo -- Rafinha

Lionel Messi mungkin gagal menjulang anugerah Ballon d'Or apabila tewas kepada Cristiano Ronaldo, namun rakan sepasukannya di Barcelona, Rafinha, berpendapat penyerang Argentina itu pemain bola sepak yang lebih hebat.

Bintang Real Madrid, Ronaldo, memenangi anugerah berprestij itu menewaskan Messi dan penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann.

Namun, Rafinha percaya Messi lebih layak untuk menerima anugerah itu.

"Pada saya, pemain terbaik di dunia adalah Messi," katanya.

Rafinha turut meluahkan sokongan terhadap pengendali Barcelona, Luis Enrique yang masih lagi tidak diberi sebarang kepastian sama ada akan mengendalikan kelab itu sebaik tamat musim ini.

"Kami sangat tenang akan perkara ini kerana kami percayakannya," katanya.

Barca ketika ini ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Real Madrid.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen