Messi ke Inter? Pengaruh Zanetti bakal jadi taruhan -- Veron

Oleh Ammar Hakim 20 Januari 2021 2216
Messi ke Inter? Pengaruh Zanetti bakal jadi taruhan -- Veron
Lionel Messi bebas untuk berunding mengenai perpindahan ke kelab-kelab di luar LaLiga dan Juan Sebastian Veron berpendapat Javier Zanetti akan menjadi kunci Inter untuk menandatangani khidmat bintang Barcelona itu.

Pemenang Ballon d'Or enam kali itu berada dalam tempoh enam bulan terakhir kontraknya di Camp Nou, setelah gagal merancang perpindahan setelah tamat musim lalu.

Pemain berusia 33 itu telah lama dikaitkan dengan perpindahan menyertai gergasi Serie A Inter, di mana bekas rakan senegaranya, Zanetti -- pemain paling banyak beraksi buat skuad Argentina -- merupakan naib presiden kelab itu.

Bekas pemain tengah Nerazzurri dan Argentina, Veron, tidak menjangkakan Messi akan bersama Inter musim hadapan, tetapi percaya ia bergantung kepada Zanetti jika menyempurnakan perpindahan ke San Siro.

"Saya tidak berasakan Messi akan bermain di Itali, jika ya, ia disebabkan Javier Zanetti, dia yang mengenalinya dan akan cuba untuk berbincang dengannya. Membuatkan dia berasa pentin dan sekali lagi menjelaskan projek masa depan kelab itu," katanya.

"Pada akhirnya ia bergantung kepada keputusan Messi. 

"Saya tidak tahu berapa lama Messi akan beraksi di tahap ini, tetapi ia dapat meningkatkan lagi nama Inter ke peringkat lebih tinggi."
 

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen