Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, menegaskan Lionel Messi selalu menyatakan hasrat untuk bersara di Camp Nou apabila timbul keraguan terhadap masa depannya.

Messi memiliki kontrak bersama Barca sehingga 2021 tetapi laporan mencadangkan Khamis lalu bahawa pemenang Ballon d'Or enam kali mahu berhijrah tahun depan.

Kapten Barca itu terus memberikan tanda tanya mengenai masa depannya, sejurus mempamerkan aksi kelas pertama ketika mengatasi Villarreal 4-1 semalam.

Messi meraih 19 bantuan jaringan LaLiga musim ini -- bilangan terbaikya dalam saingan tertinggi Sepanyol -- dan Bartomeu ditanya mengenai pemain berusia 33 tahun itu selepas perlawanan.

"Saya tidak akan menjelaskan perincian apa yang berlaku setiap minggu. Terdapat rundingan dengan banyak pemain," kata Bartomeu kepada Movistar.

"Messi selalu menyatakan bahawa dia ingin mengakhiri kariernya di Barcelona."