Lionel Messi disiasat oleh Liga Bolasepak Profesional (LFP) susulan didakwa melanggar protokol kesihatan bagi membendung koronavirus.

Terdapat dakwaan daripada pelbagai media bahawa Messi telah menjemput rakan sepasukannya dan pasangan masing-masing untuk ke rumahnya bagi meraikan kemenangan 3-2 ke atas Valencia dengan parti barbeku.

Ketika ia menjadi petanda bahawa Messi kelihatan bahagia di Barcelona, keraian seperti itu turut memberikan publisiti yang tidak sepatutnya.

Kerajaan tempatan telah mengenakan larangan mengadakan perhimpunan lebih daripada enam orang.

"Perjumpaan dan/atau pertemuan keluarga dan sosial, baik di tempat awam atau persendirian, diizinkan selagi tidak melampaui jumlah maksimum enam orang kecuali dalam kes satu tempat tinggal," demikan disebut dalam undang-undang yang tetapkan di Catalan.

"Namun, perjumpaan keluarga dan sosial dan/atau pertemuan yang berlangsung di tempat tertutup, termasuk rumah, disarankan untuk dilarang sebanyak mungkin dan dihadkan bagi ahli keluarga atau golongan rentan dan perlu sentiasa dalam gelembung yang sama."

Stats Perform News difahamkan bahawa LFP sedang melakukan siasatan ke atas Messi bagi memastikan sama ada terdapat pelanggaran protokol atau tidak.

ABC di Sepanyol melaporkan bahawa Barca menafikan terdapat pelanggaran protokol memandangkan kesemua pemain mereka bekerja dalam satu gelembung sama.