Lionel Messi terbuka untuk menyertai Luis Suarez di Atletico Madrid jika dia masih lagi mahu bergandingan bersama pemain kelahiran Uruguay itu, perkara itu dicadang oleh presiden Los Colchoneros, Enrique Cerezo.

Suarez disisih tanpa sebarang penghargaan oleh Barca minggu lalu, dijual kepada Atletico dengan hanya €6 juta selepas enam tahun di Nou Camp.

Dalam tempoh bersama Barca, Suarez telah menempah nama selaku penjaring gol ketiga terbanyak kelab tetapi cara dia diketepikan kelab telah menaikkan kemarahan rakan karibnya, Messi, yang turut mahu meninggalkan Barca.

Perancangan awal dalam pramusim untuk mengusir Suarez dilaporkan menjadi faktor kapten Barca itu turut mahu meninggalkan pasukan, namun dia gagal untuk dipindahkan, telah sekali lagi menyelar kelab dengan layanan terhadap Suarez.

Suarez membuat penampilan sulung bersama Atletico ketika menang 6-1 ke atas Granada, hadir sebagai pemain gantian dengan meledak dua gol dan satu bantuan jaringan.

Dan Cerezo dengan beraninya mencadang Messi untuk menyertai Suarez di Wanda Metropolitano.


"Dalam kehidupan, jika anda mahukan sesuatu... Jika Leo Messi mahu beraksi bersama Luis Suarez, saya akan berkata, 'Biarkan dia datang untuk Krismas'. Dengan keazaman, apa sahaja boleh dicapai," katanya.