Lionel Messi membidas tindakan Barcelona 'mengusir' sahabatnya, Luis Suarez, selepas penyerang Uruguay itu melengkapkan perpindahan ke Atletico Madrid.

Barca minggu ini membenarkan Suarez berhijrah ke Atletico, dengan ketua jurulatih, Ronald Koeman, memberitahunya bahawa dirinya tiada lagi dalam perancangan pasukan.

Layanan Koeman terhadap bekas penyerang Liverpool itu dipercayai merupakan salah satu faktor yang mendorong Messi untuk mencari jalan keluar daripada Nou Camp, tetapi dia berkata presiden, Josep Maria Bartomeu, yang memustahilkan perpindahannya.

Suarez merupakan ketiga dalam carta penjaring gol terbanyak dalam sejarah Barcelona dengan 198 gol dan telah memenangi 13 trofi, termasuk empat LaLigas dan memenangi Liga Juara-Juara pada musim 2014-15, dalam tempoh enam tahun bersama pasukan itu.

Messi berang dengan cara pengakhiran buat Suarez tetapi berkata 'ketika ini, tiada apa yang mengejutkan saya'.

"Saya sudah menjangkakan perkara ini tetapi selepas saya memasuki bilik persalinan hari ini, perasaan saya sungguh berbeza," kata Messi menerusi Instagram.

Ya me venía haciendo la idea pero hoy entré al vestuario y me cayó la ficha de verdad. Que difícil va a ser no seguir compartiendo el día a día con vos, tanto en las canchas como afuera. Los vamos a extrañar muchísimo. Fueron muchos años, muchos mates, comidas, cenas... Muchas cosas que nunca se van a olvidar, todos los días juntos. Va a ser raro verte con otra camiseta y mucho más enfrentarte. Te merecías que te despidan como lo que sos: uno de los jugadores más importantes de la historia del club, consiguiendo cosas importantes tanto en lo grupal como individualmente. Y no que te echen como lo hicieron. Pero la verdad que a esta altura ya no me sorprende nada. Te deseo todo lo mejor en este nuevo desafío. Te quiero mucho, los quiero mucho. Hasta pronto, amigo.

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on



"Ia akan menjadi saat yang sukar untuk tidak berkongsi hari bersama anda, di atas mahupun di luar padang. Kami akan merindui anda.

"Pelik melihat anda dalam jersi yang berbeza apatah lagi berdepan bersama pasukan lawan. Anda berhak untuk berhijrah meninggalkan kelab sebagai salah seorang pemain yang penting kepada sejarah kelab. Meraih kejayaan bersama pasukan serta individu. Bukan diusir seperti apa yang telah berlaku. Tetapi sebenarnya tiada apa lagi yang mengejutkan saya.

"Saya mengucapkan semoga berjaya dalam cabaran baru. Saya amat menyayangi anda, jumpa lagi sahabat."

Suarez mengikuti Ivan Rakitic, Arturo Vidal dan Nelson Semedo yang meninggalkan Barcelona pada permulaan musim 2020-21.