Messi atau Ronaldo? Saya pilih Lewandowski -- Muller

Oleh Ammar Hakim 4 Jun 2020 153
Messi atau Ronaldo? Saya pilih Lewandowski -- Muller
Thomas Muller telah menyarankan dia lebih suka bermain dengan rakan sepasukan Bayern Munich, Robert Lewandowski, berbanding bersama dengan Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo.

Muller ditanya sama ada dia lebih suka memilih Messi atau Ronaldo sebagai rakan sekerja dalam sidang media mudah alih semalam.

Penyerang Bayern itu menyedari gaya permainannya akan bekerja lebih baik dengan Ronaldo daripada dengan Messi, namun dia mendakwa Lewandowski mendahului kedua-dua pemain tersebut.

Bekas pemain skuad Jerman, Muller membuat 18 bantuan jaringan dalam saingan Bundesliga musim ini, sementara Lewandowski mencetak 29 gol ketika Bayern semakin menghampiri gelaran  Bundesliga yang kesembilan berturut-turut.

Namun, pemenang Piala Dunia itu mengakui bahawa Messi dan Ronaldo 'menakjubkan' dan tidak dapat dibandingkan dengan pemain lain.

"Mungkin pada tahun-tahun terakhir saya ingin bermain dengan Leo Messi, kerana dalam enam atau tujuh tahun pertama karier saya, saya lebih banyak turut selaku penyerang utama," kata Muller.

"Saya mendapat bola di dalam kotak dan berusaha menjaringkan gol. Ketika ini, saya berada dalam prestasi yang cemerlang dan banyak melakukan bantuan jaringan.

"Mungkin sekarang saya memerlukan lebih banyak Cristiano Ronaldo untuk menjaringkan gol, tetapi kami di Bayern mempunyai Robert 'Lewan-gol-ski'! Saya berasakan mungkin sekarang dia adalah pilihan yang lebih baik daripada Cristiano.
  "Saya telah berlawan dengan kedua-dua [Messi dan Ronaldo], saya menang menentang kedua-duanya, saya kalah menentang kedua-duanya.

"Mereka sangat, sangat bagus, mereka pemain istimewa, mereka tidak seperti pemain biasa yang sangat baik dalam dunia bola sepak. Mereka cemerlang kerana mereka bermain di tahap yang tinggi.

"Dalam tempoh 10 tahun, mereka menjaringkan 50 gol setiap musim. Itu sesuatu rekod yang gila."



 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen