Lionel Messi kurang bernafsu untuk menjaringkan gol ketika ini, sebaliknya penggempur itu memberi tumpuan kepada kejayaan Barcelona dan Argentina.

Messi merupakan penjaring terbanyak buat kelab gergasi LaLiga dan pasukan Amerika Selatan itu.

Pemenang enam Ballon d'Or itu meningkatkan jumlah golnya di peringkat antarabangsa kepada 71 selepas menyumbangkan gol tunggal kemenangan ke atas Ecuador dalam kelayakan Piala Dunia minggu lalu.

Namun, bintang berumur 33 tahun itu lebih mengutamakan objektif pasukan dengan memberitahu majalah La Garganta Poderosa: "Hari ini saya kurang obsesi untuk menjaringkan gol. Saya mahu melakukan yang terbaik untuk pasukan."

Messi merupakan pencetak gol sepanjang zaman Barcelona dengan jumlah keseluruhan 635 jaringan sejak melakukan penampilan pertamanya di Sepanyol pada 2004.

Gran triunfo en la altura, donde siempre cuesta más. Aún queda muchísimo, las eliminatorias recién arrancan y nos alegra mucho haber conseguido estos dos triunfos. #VamosArgentina ??

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on



Daripada jumlah gol itu, 445 jaringan terhasil dalam LaLiga -- rekod terbaik liga sementara bekas bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo (311).

Pemain berusia 33 tahun itu juga merekodkan 115 gol Liga Juara-Juara (UCL) sementara 53 dan 14 dalam Copa del Rey serta Supercopa de Espana, Piala Super UEFA (tiga) dan Piala Dunia Kelab (lima).

Sejak memulakan kemunculan pertamanya menentang Espanyol 16 tahun yang lalu, Messi telah memenangi 10 trofi LaLiga, enam gelaran Copa del Rey dan UCL sebanyak empat kali.

Musim ini pula, dia hanya mencatat satu gol dalam tiga perlawanan LaLiga tatkala Barca -- di bawah bimbingan Ronald Koeman -- kelihatan semakin tersusun selepas menempuhi kempen yang penuh bergelora yang menyaksikan mereka menerima pengalaman pahit tewas kepada Madrid dan dimalukan 2-8 oleh Bayern Munich di peringkat suku akhir UCL.

Messi kekal di Barca biarpun sempat memohon perpindahan pada awal musim ini bagi menyertai barisan kepimpinan Pep Guardiola di Manchester City.