Lionel Messi menampilkan aksi bola sepak yang berbeza berbanding pemain lain, mengatasi Diego Maradone, legenda Brazil, Ronaldo, serta bintang bola keranjang Amerika Syarikat, Michael Jordan, kata Robert Prosinecki.

Prosinecki mendakwa bintang Barcelona dan Argentina, Messi, pastinya merupakan pemain terbaik sepanjang zaman.

Bekas pemain Barca dan Real Madrid itu berkata demikian dalam sesi temubual dengan Stats Perform News dan dia juga berpendapat Messi, yang telah meledakkan lebih 600 gol buat Barcelona, tetapi muncul terunggul apabila dibandingkan dengan legenda Chicago Bulls dan pemenang enam kali NBA, Jordan.

"Bola sepak dan bola keranjang berbeza tetapi Messi adalah yang terbaik," katanya.

"Dia seorang pemain yang sentiasa memberikan perbezaan selama bertahun-tahun di Barca. Dia telah memenangi segalanya yang ada. Dia menyumbat banyak gol serta mencipta bantuan jaringan. Dia menampilkan bola sepak yang berbeza berbanding yang lain."

Bekas pemain tengah Croatia, Prosinecki, tetap melihat kepada legenda Argentina, Maradona, serta pemenang dua kali Piala Dunia, Ronaldo.

Prosinecki dan Ronaldo merupakan rakan sepasukan sewaktu di Barca.

"Sesetengah orang mungkin memilih Ronaldo atau Maradona. Mereka pemain hebat daripada era berbeza tetapi bagi saya, Messi adalah yang terbaik."