Dries Mertens menjadi pemain pertama untuk menjaringkan hatrik secara berturut-turut dalam tempoh 42 tahun ketika membantu Napoli menewaskan Torino.

Penyerang Belgium itu menjaringkan tiga gol ketika menewaskan Cagliari 5-0 minggu lalu dan membawa bola perlawanan sekali lagi di Stadium San Paolo, semalam.

Mertens, bermain sebagai pemain penyerang kerana Arkadiusz Milik masih tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan lutut, hanya memerlukan sembilan minit untuk menyempurnakan jaringan hatriknya.

Pemain berusia 29 tahun itu telah berjaya mengulangi pencapaian Pietro Anastasi yang telah menjaringkan gol hatrik berturut-turut untuk Juventus pada Mei 1974.

Bekas pemain PSV itu menambah lagi bilangan golnya untuk menewaskan penjaga gol Torino, Joe Hart, menjadi pemain pertama untuk meledak empat gol dalam perlawanan Serie A sejak Domenico Berardi menentang AC Milan pada Januari 2014.