Mertens bakal kekal, Callejon mungkin tinggalkan Napoli

Oleh Nafis Abdullah 8 Jun 2020 65
Mertens bakal kekal, Callejon mungkin tinggalkan Napoli
Napoli menjangkakan Dries Mertens akan menandatangani kontrak baru tetapi Jose Callejon mungkin berhijrah, kata pengarah sukan, Cristiano Giuntoli.

Mertens dikaitkan dengan Chelsea dan Inter tatkala dia memasuki tahun akhir dalam kontrak tetapi pemain berusia 33 tahun itu tampak akan kekal di San Paolo.

Callejon -- yang turut berusia 33 tahun -- masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya dan mungkin memilih untuk berhijrah apabila kontraknya tamat pada tahun ini.

Penggempur itu dilaporkan menarik minat Evetton dan Valencia tetapi Giuntoli menjangkakan dia akan kekal sekurang-kurangnya sehingga akhir musim ini.

"Segalanya lancar dengan Mertens. Kedua-dua pihak bekerjasam," katanya.

"Kami harap dapat menyelesaikan lanjutan kontrak tidak lama lagi.

"Mengenai Callejon, kami perlu tunggu. Dia masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya.

"Kedua-duanya telah memberi sumbangan besar buat Napoli. kami berbincang dan segalanya tenang.

"Callejon sangat profesional. Jika dia berhijrah, dia akan menamatkan musim ini bersama kami."

Giuntoli turut berharap dapat melihat Gennaro Gattuso kekal lama walaupun perbincangan ditangguhkan sejak pengendali itu kehilangan kakaknya pada usia 37 tahun.

Gattuso membawa impak besar. Pihak kelab ingin terus mengekalkannya," tambah Giuntoli.

"Malangnya, dia berdepan kehilangan yang besar dan kami terkejut. Ia detik menyedihkan. Kami akan terus mara dan saya fikir ia dapat dilihat dengan jelas."
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen