Mengapa perlu bersara? -- Totti

Oleh Sacha Pisani 26 November 2016 3
Mengapa perlu bersara? -- Totti

"Mengapa perlu berhenti?" pemain veteran Roma, Francesco Totti, berkata dia berkemungkinan akan terus bermain bola sepak untuk musim akan datang.

Kontrak Totti bersama Roma akan berakhir pada penghujung musim ini, dengan melihat persaraan semakin menghampiri bekas penyerang skuad kebangsaan Itali itu.

Bagaimanapun, pemain berusia 40 tahun itu mungkin akan melanjutkan lagi khidmatnya bersama kelab Serie A itu.

"Tidak ada yang jelas dalam bola sepak," jelas Totti kepada Sky.

"Saya masih yakin dengan kebolehan tubuh badan saya, saya masih mampu memberikannya yang terbaik buat pasukan dan mengapa perlu saya berhenti?"

Totti telah menjaringkan dua gol dalam enam penampilan Serie A musim ini.

Tentang Penulis

Sacha Pisani

Komen