Menang lebih penting daripada persembahan -- Ancelotti

Oleh Ben Spratt 19 Disember 2016 2
Menang lebih penting daripada persembahan -- Ancelotti

DARMSTADT 0 BAYERN MUNICH 1

Carlo Ancelotti berkata kembalinya Bayern Munich ke persada Bundesliga lebih penting daripada persembahan ketika menewaskan Darmstadt 1-0, semalam.


Juara bertahan itu gagal mempamerkan aksi yang cemerlang ke atas pasukan tercorot liga, namun jaringan tunggal Douglas Costa pada minit ke-71 memberikan tiga mata penuh buat The Bavarians.

"Ia merupakan perlawanan yang sukar, Darmstadt bertahan dengan baik," katanya. 

"Kami tidak bermain dengan begitu pantas dalam separuh masa pertama dan telah memperbaikinya dalam separuh masa kedua.

"Apa yang penting, kami telah kembali ke persada liga, saya berpuas hati dengan usaha pemain-pemain saya.

"Tetapi kami mampu bermain dengan lebih baik, lebih pantas. Kami akan cuba untuk melakukannya ketika berdepan Leipzig dalam aksi seterusnya."

Pertahanan Bayern, Mats Hummels, sudah menjangkakan gaya permainan bertahan Darmstadt dalam usaha mencuri satu mata.

"Bukan mudah untuk bermain dengan pasukan lawan yang agresif dan bertahan dengan baik," kata pemain kebangsaan Jerman itu. 

"Ini merupakan gaya permainan Darmstadt. Saya tidak pernah melihat mana-mana pasukan menang di sini mempamerkan aksi yang memukau."

Tentang Penulis

Ben Spratt

Komen