McKennie tiba di Turin menjelang perpindahan ke Juventus

Oleh Muzaffar Musa 28 Ogos 2020 239
McKennie tiba di Turin menjelang perpindahan ke Juventus
Weston McKennie tiba di Turin menjelang perpindahannya daripada Schalke kepada Juventus.

Juve melakukan kejutan apabila bersedia untuk menandatangan McKennie, yang dikaitkan untuk menyertai beberapa kelab dalam Liga Perdana Inggeris.

Pemain kebangsaan Amerika Syarikat (AS) itu menembusi pasukan utama Schalke dalam musim 2017-18 selepas melakukan penampilan pertamanya dalam musim sebelumnya dan secara keseluruhan telah beraksi sebanyak 75 kali dalam Bundesliga.

McKennie, yang berkebolehan beraksi sebagai pemain tengah dan pertahanan dan menjaringkan tiga gol dalam saingan liga musim lalu, dilaporkan akan menyertai Juve secara pinjaman dan juara Serie A itu mempunyai pilihan untuk membelinya secara tetap bergantung kepada jumlah penampilan pemain berusia 21 tahun itu.
 
Menjelang ujian kesihatannya hari ini, McKennie selamat tiba di Turin awal pagi tadi dengan Juve merakamkan ketibaannya yang dikirimkan di laman sosial mereka.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen