MBI 2 kekal kejuaraan Piala Datuk Bandar 

Oleh Azizan Hashim 18 November 2018 347
MBI 2 kekal kejuaraan Piala Datuk Bandar 
Skuad Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2 mengekalkan gelaran juara Piala Datuk Bandar Ipoh 2018 apabila jaringan tunggal oleh Muhammad Ikmal Abd Rahim pada minit ke-60 membolehkan mereka mengatasi MBI 1 dalam final edisi kelima di Stadium Perak, hari ini.

Sejarah tercipta kerana buat pertama kalinya saingan akhir menyaksikan dua pasukan adik-beradik MBI berentap dalam perlawanan akhir.

Kejohanan Bolasepak Piala Datuk Bandar Ipoh mula diadakan pada tahun 2014 dan saingan kali ini menyaksikan penyertaan 16 pasukan jemputan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia.

Pasukan yang bertanding adalah MBI 1, MBI 2, Majlis Perbandaran (MP) Klang, MP Kulim, Majlis Bandaraya (MB) Kuala  Terengganu, MB Melaka Bersejarah, Majlis Daerah (MD) Besut, MP Seberang Perai, DBKL, MP Nilai, MP Manjung, MP Kota Bharu, MP Alor Setar, MP Bentong, MP Subang Jaya dan MP Port Dickson.

MBI 1 layak ke pentas akhir setelah menewaskan MP Klang  2-1 di peringkat separuh akhir manakala MBI 2 membenam MP Kulim 5-0.

Kejayaan itu membolehkan MBI 2  membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta piala pusingan, piala iringan dan pingat.

MBI 1 pula terpaksa berpuas hati dengan hadiah wang tunai RM5,000 dan pingat.

MP Klang  dan MP Kulim diisytihar pemenang tempat ketiga bersama dan menerima  hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 dan pingat.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen