Mbappe tidak sukar untuk ditangani, kata Tuchel

Oleh Penulis Jemputan 15 Disember 2019 254
Mbappe tidak sukar untuk ditangani, kata Tuchel
Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, membantah tanggapan bahawa Kylian Mbappe sukar untuk dikendalikan.
 
Mbappe bertindak mengabaikan Tuchel sejurus digantikan sebaik pemain antarabangsa Perancis itu menjaringkan gol kedua ketika menumbangkan Montpellier 3-1 dalam perlawanan Ligue 1 minggu lalu. 
 
Dia tampil sepanjang permainan ketika berdepan Galatasaray, pertengahan minggu ini -- dengan menyumbang gol keempatnya dalam kemenangan 5-0 itu -- justeru Tuchel melabel tindakan pemain 'bijak' berusia 20 tahun berkenaan tidak menimbulkan masalah kepadanya.
 
Ditanya sama ada penggempur tersebut sukar untuk ditangani, pengurus berbangsa Jerman berkenaan memberitahu sidang media: "Tidak -- kita bercakap terlalu banyak tentang hal itu. Kylian mahu bermain dengan kerap. Kadang-kadang dia kecewa dan dia menunjukkannya.
 
"Mungkin anda mempunyai tanggapan bahawa dia tidak mudah untuk diuruskan tetapi sebenarnya tidak, ia hanya berlangsung beberapa minit. Dia bijak."
 
PSG akan ke Saint-Etienne awal pagi esok dalam misi mencatat rentetan kemenangan keempat dalam saingan Ligue 1.

Tuchel, bagaimanapun, menjangkakan ujian sukar menentang pihak lawan yang sebelum ini membelasah Nice 4-1 dalam perlawanan di tempat sendiri itu.
 
"Mereka merupakan sebuah pasukan yang sangat kompetitif dan beraksi dengan sokongan padu di belakang mereka seperti di Montpellier," katanya.
 
"Mereka adalah pasukan yang sangat fizikal dan padat selain beraksi dengan banyak sistem.
 
"Sukar untuk menduganya. ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar tetapi kami dalam keadaan baik dan bersedia untuk beraksi."
 
Tuchel mengesahkan beliau akan kehilangan beberapa tonggak, termasuk Edinson Cavani.
 
Penyerang Uruguay itu, yang bangkit dari bangku simpanan untuk menyempurnakan sepakan penalti ke atas Galatasaray, mengadu berasakan sesuatu di ototnya, menurut pengurus PSG itu lagi.
 
Cavani akan menyertai Idrissa Gueye dan Prasetya Kimpembe, Ander Herrera dan Julian Draxler dalam senarai kecederaan manakala Eric Maxim Choupo-Moting akan terlepas perlawanan atas alasan peribadi.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen