Penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe, telah mendedahkan dirinya sebagai muka depan untuk FIFA 21.

Pemain skuad kebangsaan Perancis itu menggantikan bintang Real Madrid, Eden Hazard, yang hadir sebagai muka depan bagi siri sebelum ini.

Mbappe menyifatkan ia sebagai 'impian jadi kenyataan', manakala EA Sports melabel juara dunia berusia 21 tahun itu sebagai 'pemimpin generasi akan datang'.




PSG berdepan Saint-Etienne dalam aksi final Piala Perancis Jumaat ini dan Lyon untuk aksi final Piala Liga seminggu kemudian. Mereka akan berdepan Atalanta dalam suku akhir Liga Juara-Juara di Lisbon 12 Ogos ini.