Kylian Mbappe mampu mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo di Real Madrid, sementara Erling Haaland adalah pilihan terbaik menggantikan Karim Benzema, menurut bekas penolong jurulatih kelab, Jose Morais.

Morais meluangkan tiga tahun di Santiago Bernabeu bertugas di bawah kendalian Jose Mourinho, ketika Ronaldo membantu Real mengatasi Barcelona yang dipimpin Pep Guardiola dengan menjuarai gelaran LaLiga pada musim 2011-12 LaLiga title.

Pemenang Ballon d'Or kali ini berhijrah ke Juventus pada 2018 dan ketiadaan amat dirasai Real.

Benzema menjadi pemain yang lebih berbisa sejak penghijrahan Ronaldo -- meledak 49 gol sejak permulaan musim lalu -- tetapi Morais percaya bintang Paris Saint-Germain (PSG) Mbappe dan penyerang Borussia Dortmund, Haaland, memiliki kualiti untuk beraksi bersama Real.

Morais, kini ketua jurulatih Jeonbuk Motors, "Saya berasakan Mbappe merupakan salah seorang pemain saaran Real kerana dia masih muda dan sangat berkualiti, bakat dan kekuatan yang dimiliki mampu menjadikan dirinya salah seorang pemain terbaik dunia.



"Ini adalah perspektif yang diperlukan Real dan anda memerlukan pemain-pemain seperti ini untuk menghadirkan minat kepada Real. Saya sangat bersetuju bahawa Mbappe adalah pemain untuk masa depan Real Madrid.

Mengenai Haaland, Morais berkata, "Saya berasakan dia seorang pemain yang berkualiti. Dia merupakan salah seorang pemain muda yang berbakat. Sentuhan penyudahnya sukar untuk dipercayai.

"Apa yang dilakukan dalam waktu singkat bersama Dortmud dan impak yang telah dihasilkannya. Dia adalah salah seorang lagi pemain yang diperlukan di Real.

"Benzema seorang pemain yang cemerlang. Seorang penjaring gol. Dia memiliki kualiti sepanjang bersama Real. Saya berasakan Haaland semestinya adalah pilihan terbaik menggantikannya."