Mbappe alami kecederaan bahu

Oleh Staff Writer 21 November 2018 117
Mbappe alami kecederaan bahu
Paris Saint-Germain (PSG) berdepan masalah besar selepas Kylian Mbappe mengalami kecederaan bahu ketika aksi persahabatan Perancis berdepan Uruguay.

Mbappe mengalami masalah tersebut selepas beraksi selama 30 minit di Stade de France semalam selepas berlaku pelanggaran dengan penjaga gol Uruguay, Martin Campana.

Pemain berusia 19 tahun itu, yang telah menjaringkan 19 gol dalam semua kejohanan untuk PSG setakat ini, memberikan bayangan bakal berehat panjang selepas digantikan oleh Florian Thauvin bagi meneruskan baki permainan.

Turut mengalami kecederaan adalah  rakan sepasukan PSG, Neymar, yang meninggalkan padang ketika Brazil berdepan Cameroon --  meningkatkan masalah buat Thomas Tuchel menjelang aksi Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Liverpool.

Perancis meraih kemenangan 1-0 selepas pemain gantian, Olivier Giroud, menoktahkan perlawanan dengan jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-52.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen