Mbappe 100 peratus kekal di PSG 

Oleh Penulis Jemputan 27 November 2019 68
Mbappe 100 peratus kekal di PSG 
Kylian Mbappe 100 peratus akan kekal di Paris Saint-Germain (PSG) di celah-celah laporan minat daripada Real Madrid apabila Pengarah Sukan PSG, Leonardo, mendedahkan bahawa rundingan kontrak baru bersama pemain itu sedang dijalankan. 

Bintang jaguh Ligue 1 berkenaan meledak gol ketika pelawat mengikat kedudukan 2-2 dalam pertemuan Liga Juara-Juara (UCL) yang dramatik di Madrid, awal pagi tadi. 

Pengurus Madrid, Zinedine Zidane, mengesahkan kekagumannya terhadap Mbappe menjelang perlawanan getir Kumpulan A itu dengan berkata: "Saya sudah jatuh cinta dengannya".

Mbappe mencipta impak besar ke atas pasukan yang meminati khidmatnya itu di Santiago Bernabeu, di mana PSG mengesahkan kedudukan teratas mengatasi gergasi LaLiga berkenaan. 

Ditanya mengenai masa depan Mbappe, Leonardo memberitahu RMC: "Mbappe akan kekal di sini, 100 peratus. Dia merupakan pemain PSG. Apa yang selebihnya adalah cerita lain."

"Kita lihat bagaimana keadaannya kelak. Kami semakin maju secara perlahan-lahan tetapi kami sedang mencapai kemajuan," kata Leonardo ketika ditanya mengenai usaha lanjutan kontrak itu.

Pemain antarabangsa Perancis itu  menyerlah musim lalu dengan meledak 39 gol dalam semua pertandingan yang menyaksikan PSG memenangi gelaran Ligue 1.

Musim ini, pemenang Piala Dunia tersebut telah merakamkan 10 jaringan -- termasuk lima dalam liga bersama pasukan bimbingan Thomas Tuchel itu.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen