Dayot Upamecano patut memikirkan semula jika mahu meninggalkan RB Leipzig dan menyertai Bayern Munich atau mana-mana kelab besar Eropah, hujung musim ini, kata Lothar Matthaus.

Gergasi Bundesliga, Bayern, dilaporkan menyertai Real Madrid dan beberapa kelab besar Eropah untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu.

Bintang B-21 Perancis, Upamecano, telah melakukan 76 penampilan liga buat Leipzig sejak tiba daripada Salzburg pada 2017 termasuk 21 perlawanan musim ini.

Walaupun minat terhadap bek tengah itu kian meningkat, legenda Bayern, Matthaus, berpendapat meninggalkan Red Bull Arena pada tahun ini mungkin bukan pilihan terbaik.

"Saya dapat melihatnya beraksi bersama kelab besar apabila telah meraih lebih banyak pengalaman," katanya.

"Jika dia berhijrah, Upamecano perlu memastikan jurulatih dan kelab memberikannya keyakinan untuk beraksi lebih kerap, sama seperti apa yang diraih di Leipzig.

"Dia pertahanan muda, berprestasi tinggi, memiliki posisi yang baik dalam permainan dan menggunakannya fizikal yang bagus pada usia 21 tahun. Namun, setahun atau dua tahun di Leipzig tidak memberikan masalah buatnya.

"Leipzig adalah pasukan hebat, salah satu skuad yang berada dalam kelompok lapan terbaik Liga Juara-Juara Eropah.

"Saya boleh melihat peratusan untuk dia belajar tetapi dia seorang pemain bagus. Sebab itu saya tidak terkejut jika kelab besar Eropah berminat dengannya.

"Namun, anda tidak boleh berbincang terlalu banyak tentang perubahan kerana perlu melihat perkembangan wabak coronavirus."

Upamecano kini memiliki kontrak dengan Leipzig sehingga penghujung musim 2020-21.