Penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idhan Talaha antara dua pemain kelab BG Pathum United dalam Liga Thailand yang diarahkan menjalani ujian kesihatan ekoran pandemik Covid-19.

Norshahrul yang kini berpangkalan di Bangkok, berkongsikan pengalamannya apabila diwawancara oleh wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi.

"Setakat ini, saya dan keluarga masih lagi sihat cuma pergerakan agak terhadap dan harus kekal berada di rumah," kata Norshahrul.

"Saya telah menjalani ujian kesihatan dan Alhamdullillah bebas daripada virus covid-19. Saya bersama keluarga bersyukur kerana tidak dijangkitan wabak tersebut."