Lionel Messi berada di tahap yang berbeza berbanding mana-mana pemain di dunia kerana dia sentiasa melakukan keputusan yang tepat tanpa gagal, menurut Javier Mascherano.

Bekas kapten Argentina, Mascherano, beraksi bersama Messi selama lapan tahun di Barcelona, memenangi 19 trofi, termasuk lima gelaran LaLiga, dua Liga Juara-Juara (UCL) dan dua Piala Dunia Kelab.

Dia juga merupakan rakan senegara pemenang Ballon d'Or enam kali itu sehingga mengambil keputusan untuk bersara dua tahun lalu.

Kini bersama Estudiantes de La Plata, Mascherano masih lagi kagum dengan kemampuan Messi, menyatakan bintang Barca itu mampu dapat menentukan perlawanan dengan temponya sendiri -- pendekatan yang hanya boleh diharapkan oleh pemain-pemain lain.

"Majoriti pemain membuat keputusan yang tepat, tetapi mereka tidak berjaya melakukan tindakan yang terbaik.

"Apa yang dilakukan Messi adalah luar biasa, pantas dan bijak melakukan hantaran, itu yang membuat dia berbeza berbanding pemain-pemain lain.

"Dia mengetahui cara untuk menyimpan tenaga dan membenarkan dirinya untuk melakukan tujuh, lapan atau 10 keputusan tepat di tahap yang optimum. Itu cara Messi dominasi perlawanan."

Lo mejor en esta nueva etapa Guaje querido!!! Fue un placer compartir equipo con vos @davidvilla !!!

A post shared by Javier Mascherano (@mascherano14) on